Friday 6 February 2015


Kematian.
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan hancur ,tetapi kembali ke alam barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan.

Upacara vaikkarasi
Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan member penghormatan yang terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.Pada masa yang sama,ucapan tenna adudaiya shinaneepottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

Kollic catti.
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.Periuk tersebut di angkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk.Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu.seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat.Sebelum itu kollic catti.Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.

No comments:

Post a Comment