Perayaan bagi kaum india
Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum mereka tersendiri.Bagi kaum india mereka merayakan perayaan mereka sepertideepavali,thaipusam,dan ponggal bagi setiap tahun.Bagi perayaan Deepavali,penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat.Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula,merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi.Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan,maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.Bagi ponggalpula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai.Iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat,bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.
No comments:
Post a Comment