Friday 6 February 2015

ADAT RESAM BABA DAN NYONYA



Pakaian

Golongan Nyonya amat sinonim dengan pemakaian baju kebaya dengan kain sarung. Selai itu, Baba dan Nyonya juga turut memakai pakaian kaum Cina. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang agak unik seperti kasut manik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tnagan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca yang bersigi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik. Mulai tahun 1930 an, kasut manik menjalani perubahan dengan diberikan rekaan moden dan ditambahkan tumit.

Tarian
Pada hari tertentu seperti perayaan dan majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya akan mempersembahkan tarian seperti Tarian Singa, Fu Kien Opera dan Dondang Sayang Baba Nyonya




Adat Resam
Perkahwinan
Seperti kaum lain kam Baba Nyonya juga turut mempunyai adapt resamnya tersendiri. Perkahwinan kaum ini banyak mengikut cara perkahwinan seperti masyarakat Cina seperti upacara Cheo Thau.
Upaca cheo thau dimulakan di rumah pengantin perempuan terlebih dahulu di mana sam kai ( colok ) akan dinaikkan mengadap pintu utama ruang tamu. Seterusnya ibu bapa pengantin akan memasang lilin merah di atas meja yang di sediakan. Cheo thau merupakan satu upacara penyatuan di antara suami isteri. Upacara ini dilakukan bagi memberitahu kedua-dua mempelai bahawa mereka akan berkahwin dan akan menghadapi masyarakat luar tanpa perlindungan daripada keluarga mereka lagi. Upacara ini dijalankan pada waktu pagi antara tiga hingga empat pagi atau waktu malam.
Dalam pada itu kain yang dilapik atas meja sam kaidikenali sebagai tok wee. Kain tok wee inimengandungi pelbagai warna dan disulam denganhiasan corak lapan abadi dan juga hiasan yangmewakili perlanjutan, kemewahan, dan pengajaran.
Diatas kain sam kai terdapat dua batang lilin merah. Lilin ini dicorakkan dengan lapan potongan. Manakala pada bahagian belakangnya pula terdapatmangkuk-mangkuk kecil yang diisikan dengan kuih“ih” yang berwarna-warni. Kuih ini digelek dengantangan hingga bulat dan dimasukan bersama-samadengan air gula yang telah dimasak. Kuih “ih” ini jugadigunakan oleh pasangan pengantin pada upacara seterusnya .

No comments:

Post a Comment